/*-------- Begin Drop Down Menu -------*/ #menubar { background: #8E8E8E; width: 840px; color: #FFF; margin: 0px; padding: 0; position: relative; border-top:1px solid #B2FFFF; height:35px; } #menus { margin: 0;

Koleksi buruj


Suwar Al-Kawakib Al-Thabitah
(Bintang Bintang Yang Berkedudukan Kekal)


Bintang-bintang yang menghiasi langit malam sentiasa kelihatan berada di dalam keadaan susunan kekal yang di kenali sebagai "constellation" dalam bahasa inggeris atau "buruj" di dalam bahasa Arab yang membawa erti gugusan bintang-bintang. Oleh yang demikian, semua bintang kecuali matahari di ketegorikan sebagai bintang kekal.  

Kategori susunan bintang ini diasaskan pada kurun ke-2 oleh seorang ahli astronomi Greek yang bernama Ptolemy di mana beliau telah mengenal pasti lebih 1,000 bintang dan memberi nama kepada gugusan-gugusan bintang berdasarkan susunannya. Katelog Ptolemy ini dikenali sebagai Almagest yang mengandungi sejumlah 48 buruj atau "constellation". Namun, setelah ilmu astronomi tidak lagi popular dan tidak mendapat tempat di Barat, seorang ahli astronomi Islam yang bernama Abd Rahman Ibni Umar Al Sufi pada kurun ke-10 telah mewarisi, menambah-baik dan mempopularkan semula katelog Ptolemy dengan menghasilkan karya "Kitab Al Kawakib Al Thabit" yang membawa erti Buku Mengenai Bintang-Bintang Yang berkedukukan kekal.

Kini, terdapat sejumlah 88 buruj yang di kenali umum di peringkat antarabangsa. Sebahagian daripada buruj yang di ambil dari kitab Al-Sufi tersebut akan di terangkan di sini seperti berikut:


1. BERUANG BESAR - DAB AL KABIR - URSA MAJOR





Buruj "Ursa Major" dapat dilihat dengan jelas di hemisfera utara bumi dan merupakan antara buruj yang terbesar dan boleh dilihat sepanjang tahun di hemisfera Utara. "Ursa Major" membawa maksud Beruang Besar berbanding dengan satu lagi buruj yang dikenali sebagai "Ursa Minor" iaitu Beruang Kecil yang terletak bertentangan denganya.

Di Amerika Syarikat, buruj ini lebih di kenali sebagai "The Big Dipper" atau "The Wagon" dan juga sebagai "The Plough". "The Big Dipper" jika di terjemah kedalam Bahasa Malaysia bererti "Senduk Besar" berdasarkan susunan bintang-bintang di dalam buruj tersebut.


2. BERUANG KECIL - DAB AL KATHIR - URSA MINOR




"Ursa Minor" atau Beruang Kecil merupakan salah satu buruj yang menghiasi langit malam di hemisfera utara bumi yang terdiri daripada 7 bintang yang utama. Ia juga di kenali sebagai "The Little Dipper" kerana seakan-akan berbentuk seperti Senduk Kecil.

Bintang ini merupakan salah satu bintang yang terpenting terutama kepada pengembara kerana bintang Polaris yang terletak pada ekor Beruang Kecil adalah merupakan Bintang Utara. Polaris terletak bertepatan dengan paksi polar utara bumi yang berputar. Gambar di bawah di ambil dengan menggunakan kamera dengan mengunakan teknik "long exposure". Jelas kelihatan Polaris terletak di tengah dan tidak bergerak manakala semua bintang di sekelilingnya bergerak dalam pusaran di sebabkan oleh putaran bumi di atas paksinya.





3. NAGA - AL TINNIN - DRACO




Buruj "Draco" atau Naga ini terletak di langit hemisfera utara. Nama tersebut diambil dari perkataan latin "Draconem" yang bererti Ular Besar. Buruj ini boleh di lihat sepanjang tahun di hemisfera utara dan tidak pernah terbenam di bawah ufuk  atau "horizon". Bintang tercerah di dalam buruj di namakan "Thuban" yang bermaksud Ular di dalam bahasa Arab.



Sebelum Polaris, Bintang Thuban adalah merupakan bintang Utara iaitu kira-kira 2600 BC ketika orang-orang Egypt membina piramid. Di mana terdapat 2 terowong didalam piramid, satu terowong menghala ke Buruj "Orion" dan satu lagi menghala ke bintang "Thuban" yang merupakan bintang utara pada ketika pembinaan Piramid tersebut. Akan tetapi di sebabkan pergerakan paksi bumi ianya kini beralih kepada Polaris.



4. RAJA  - KIFAWUS - CEPHEUS



Buruj "Cepheus" atau dalah bahasa arabnya "Kifaus" merupakan nama seorang Raja Habshah di dalam Kisah Mitos Greek. Mengikut lagenda Greek, "Cepheus" merupakan seorang Raja Habshah, beristerikan "Cassiopeia" dan merupakan ayahanda kepada "Andromeda". Menurut lagenda dan mitos Greek, "Cassiopeia" membanggakan kecantikan anaknya "Andromeda" menyebabkan bangsa Nereids menjadi marah dan menghantar raksasa laut untuk menghancurkan Habshah. Satu-satunya cara untuk menghalang perkara tersebut berlaku adalah dengan mengorbankan "Andromeda" kepada raksasa tersebut. Akan tetapi "Persues" menyelamatkan "Andromeda" dan kemudiannya berkahwin dengannya.



5. PENGEMBALA - AL 'AWWA - BOOTES 




Bootes merupakan istilah Greek yang membawa maksud "Pengembala". Ianya dapat dilihat dengan jelas sepanjang tahun di hemisfera utara. Buruj yang terletak berdekatan Ursa Major, Ursa Minor, Draco dan Cepheus. Bintang yang tercerah di dalam buruj ini di kenali sebagai "Archturus", iaitu bintang ketiga tercerah di langit bumi selepas Sirius dan Canis Majoris. Di katakan, diameter Arcturus sahaja menyamai 30 matahari di dalam solar sistem kita.


6. HERCULES - AL JATHI ALA' RUKBATI - THE KNEELER



 Buruj "Hercules" tidak mempunyai bintang yang bermaknitud Satu atau Dua. Akan tertapi terdapat beberapa bintang yang bermaknitud 4. Bintang Alpha Herculis atau juga dikenali Rasalgethi (di dalam bahasa arab sebagai Ra's Al Jathi yang membawa maksud kepala orang yang melutut) yang di gambarkan sebagai kepala kepada buruj "Hercules" merupakan bintang kembar. Bintang kembar ini boleh di lihat menggunakan teleskop amatur dan jaraknya 400 tahun cahaya dari bumi.

Buruj "Hercules" mempunyai 2 "Globular Cluster" yang menarik untuk di cerap iaitu M13 dan M92. "Globular Cluster" berbentuk sfera yang mengandungi beribu bintang yang mempunyai daya tarikan graviti di antara bintang-bintang tersebut dan mengorbit galaksi. "Globular Cluster" M13 merupakan antara yang tercerah dah menarik untuk di cerap di hemisfera utara.


7. ANGSA - CYGNUS - AL DAJAJAH









8. Cassiopeia - The Women With The Throne - Dhat Al-Kursi


 




9. Perseus - Barshawush - Hamil Ra's Al-Gul